KUALA LUMPUR - Dr Fathul Bari Mat Jahya hari ini menegur perbuatan
sesetengah ibu bapa yang membenarkan anak-anak menjadikan patung wira
kanak-kanak bersolat dan menjadi makmum adalah satu perbuatan yang
sia-sia walaupun dengan niat untuk mengajar bersolat.
Menurutnya, walaupun ia nampak remeh, tidak wajar untuk dijadikan sebagai bahan lawak.
"Jangan sampai mengajar anak bersolat dnegan membawa Ultraman dan semua
patung-patung ini. Ia hanya fantasi yang tidak berfaedah, merapu serta
sia-sia.
"Kenapa mahu jadikan patung-patung itu sebagai idola untuk mendidik anak
bersolat? Macam kanak-kanak di Barat, mereka suka Cinderella, Frozen
dan ia seperti sudah mula merebak kepada kanak-kanak di negara kita.
"Benda-benda ini semua tidak hidup, nanti anak-anak yang hendak bersolat
jadi obses kepada patung ini dan lari daripada niat untuk bersolat
pula," katanya kepada wartawan Astro Awani mengulas tentang beberapa
foto kanak-kanak lelaki bersolat dengan beberapa patung Ultraman yang
menjadi maklumnya.
"Ini tanggungjawab ibu bapa, ayah jadi imam dalam solat, bukan anak-anak
jadi imam dan Ultraman jadi makmumnya. Lebih elok juga cerita
kisah-kisah Nabi dan para sahabatnya agar anak-anak suka bersembahyang
dan melakukannya mengikut cara Islam.
"Anak-anak sekarang rasanya lebih kenal jenis-jenis adik beradik
Ultraman daripada mengetahui kisah sahabat nabi serta sejarah
perkembangan syiar Islam," katanya.
Bagaimanapun, netizen meminta Dr Fathul Bari cuba melihat perkara itu
dari sudut positif yang mana secara tidak langsung ia menggalakkan
anak-anak bersolat.
"Tak perlu positif sampai bawa Ultraman. Kita doktrinkan anak-anak dengan fantasi yang merapu. Maaf ya.," balas Dr Fathul Bari.

No comments:
Post a Comment