Berikutan insiden kecurian yang menyebabkan kekecohan Lowyat baru-baru ini, polis telah menyatakan insiden berlaku disebabkan oleh perbuatan seorang lelaki yang mencuri telefon di salah sebuah kedai di Plaza Terbabit.
Namun, semalam lelaki berkenaan, Sharul Anuar Abdul Aziz, tidak mengaku bersalah di atas dakwaan tersebut.
Peguam lelaki terbabit, Buzze Azam melalui posting Facebooknya secara terang-terangan menyatakan Ketua Polis Negara berbohong.Buzze menyatakan dua sebab mengapa dia mendakwa IGP berbohong di dalam posting seterusnya di Facebook.
Yang pertama, kerana perbezaan kenyataan dari anak guamnya dan IGP mengenai isu berapa jumlah individu yang didakwa naik untuk mencuri telefon manakala yang kedua IGP menyatakan salah seorang suspek yang dibelasah mencanang berita palsu mengenai telefon klon.

IGP bercakap bohong.
1. IGP menyatakan dua orang naik ke tingkat atas untuk mencuri telefon. INI BOHONG. Selepas bersama anakguam di IPD Dang Wangi hari ini, anakguam kami menyatakan hanya seorang sahaja naik ke atas dan bukannya dua orang.
2. IGP menyatakan salah seorang suspek yang di bebaskan telah membuat fitnah berkaitan telefon klon dan berkaitan di tipu peniaga cina, dan isu ini di petik oleh blogger untuk di viralkan padahal INI BOHONG. Anakguam kami tidak pernah menimbulkan cerita telefon klon ini dan anakguam kamitidak pernah ada apa2 hubungan dengan mana-mana blogger.
NAMPAKNYA PDRM DAH SEMAKIN HILANG KREDIBILITI APABILA IGP BERTINDAK MENGELIRUKAN ORANG AWAM DENGAN MENGELUARKAN KENYATAAN BOHONG.
MANA MUNGKIN POLIS MENANGKAP, MENYIASAT DAN TERUS MENUDUH ANAKGUAM KAMI SEBAGAI PENJENAYAH SEPERTI MANA KENYATAAN IGP SEMALAM KERANA MAHKAMAH, HAKIM DAN BUKTI2 BELUM DI KEMUKAKAN .
SESEORANG ITU TIDAK BERSALAH SELAGI BELUM DI BUKTIKAN SEBAGAI BERSALAH

Proud of you Buzze Azam.
Bila peguam tu x bela ckap x lindung melayu
Bila peguam tu bela ckap la nak name lah nk glamor la.Hai manusia2....

Rusuhan Low Yat : Jangan Mudah Membuat Kesimpulan Melulu & Menyalahkan Mana-Mana Pihak.
1. Sejak tercetus insiden rusuhan di Plaza Low Yat pada 12 Julai lalu, pengguna media sosial rakyat terus disajikan dengan pelbagai versi cerita.
2. Bermula dengan kes kecurian HP berubah menjadi isu peniaga menipu pengguna dan berakhir dengan pergaduhan membabitkan perkauman.
3. Disebabkan terlalu banyak maklumat dan info mengelirukan terus menerus disebarkan di media sosial terutama melalui FB dan WhatsApp.
4. Hari ini, Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan mengadakan pertemuan dengan SAC Dato Zainuddin Bin Ahmad, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, IPK Kuala Lumpur.
5. Dalam pertemuan selama 30 minit, SAC Dato Zainuddin Ahmad sempat menjelaskan kronologi sebenar di sebalik insiden rusuhan pada malam 12 Julai 2015.
6. Menurut Dato Zainuddin, punca sebenar yang mencetuskan pergaduhan disebabkan kes kecurian telefon bimbit bukannya kes pembeli ditipu oleh penjual telefon bimbit.
7. Dalam kes ini, terdapat dua orang suspek, Shahrul Anuar dan Khairul Azmi - kedua-dua mereka telah pergi ke Plaza Low Yat.
8. Seorang suspek (Shahrul Anuar) telah naik ke sebuah premis telefon terletak di Aras 1, di mana suspek bertindak melarikan sebuah telefon tanpa pengetahuan rakannya (Khairul Azmi) yang berada di aras bawah. Ketika cuba melarikan dari Aras 1, suspek (Shahrul Anuar) terjatuh di depan premis OPPO lalu pekerja di premis berkenaan bertindak menangkap suspek.
9. Setelah melihat rakannya terjatuh dan ditangkap oleh pekerja kedai OPPO dan orang ramai, suspek kedua (Khairul Azmi) cuba untuk membantu rakannya.
10. Selepas kedua-dua suspek ditangkap, mereka dibawa ke Balai Tun HS Lee, ketika disoal siasat suspek (Shahrul Anuar) telah mengaku mencuri HP.
11. Hasil soal siasat terhadap kedua-dua suspek, seorang suspek iaitu Shahrul Anuar telah ditahan. Manakala suspek kedua Khairul Azmi pula dilepaskan di atas budi bicara IO setelah mendapati dia tidak terlibat melarikan HP.
12. Selepas dibebaskan, Khairul Azmi bawa geng mengunjungi semula ke Plaza Low Yatt lalu bertindak memecahkan premis OPPO.
13. Ekoran tindakan Khairul Azmi telah mencetuskan pergaduhan, PDRM bertindak membuat siasatan secara menyeluruh, di mana empat fail telah dibuka.
14. Pergaduhan yang berlaku di hadapan Plaza Low Yatt, Jalan Bulan, Jalan Davis dan Jalan Alor, Bukit Bintang dimulakan oleh kumpulan lelaki bermotorsikal selepas NGO-NGO mula bersurai setelah berpuas hati dengan penjelasan Ketua Polis KL.
15. Kumpulan lelaki bermotorsikal bertindak mencari, memukul serta menyerang orang cina yang ada di sekitar Bukit Bintang.
16. Ekoran serangan yang dilakukan oleh kumpulan lelaki bermotorsikal, beberapa lelaki cina mula bertindak balas dengan menggunakan kayu dan besi.
17. PDRM mula berjaya mengawal keadaan selepas sejam dua-dua pihak bergaduh, selain berjaya mengawal keadaan, pada malam kejadian seramai 19 individu ditahan termasuk lelaki cina yang memegang senjata kayu/besi seperti dalam video tersebar.
18. Sehingga tadi, enam lelaki berbangsa cina yang disyaki terlibat membelasah suspek beramai-ramai seperti dalam rakaman video telah ditahan.
19. PapaGomo ditahan kerana disyaki bertanggungjawab menyebarkan gambar palsu yang mendakwa foto suspek parah selepas dibelasah beramai-ramai (lelaki kepala berbalut).
20. Ali Tinju pula ditahan kerana ucapan beliau di hadapan Plaza Low Yatt ketika NGO-NGO berhimpun.
21. Orang ramai jangan terburu-buru membuat kesimpulan dengan menyalahkan mana-mana pihak.
22. Sebaiknya, semua pihak memberi ruang untuk PDRM menjalankan siasatan secara menyeluruh dari segenap aspek.
23. Memandangkan kes ketika ini dalam perbicaraan, adalah lebih baik semua pihak menunggu keputusan perbicaraan kelak.
Credit : FB Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
ntah la...macam2 citer dgr.... video pon di_EDIT2 kn....tarikh pon salah....

Asal
duit semua boleh jadi . Hehe . Bende yg betul jadi salah . Asalkan kes
ditutup . . Itu semua angkara wang . harap jangan la begitu. adil dan saksama!